Surah Al Mulk : 1
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha Berkat (Tuhan) yang ditangannya pemerintahan (dunia dan akhirat); dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Kebenaran ayat :
1. Baraqah dari Allah
2. Yang menguasai pemerintahan
3. Maha Berkuasa dan berkuasa pada segala sesuatu
Apa yang saya fikirkan tentang ayat ini:
1. Allah memberikan barakahnya
2. Allah adalah pemerintah dan Raja Kerajaan Langit dan Bumi
3. Digengamannya Dia boleh melakukan apa sahaja dia kehendaki.
4. Dia berkuasa dalam apa sahaja urusan
Persoalan :
1. Apa yang saya tahu tentang Baraqah?
2. Jika Allah itu Raja, bagaimana situasi saya bila berhadapan denganNya?
3. Bagaimana cara saya berbicara denganNya?
4. Apa yang saya faham tentang maksud kuasa Allah segala sesuatu.
Apa yang aku tahu tentang Baraqah? Pekara pertama yang terlintas di fikiran ialah berkat yang dibawa pulang lepas kenduri. Lepas tu kalau orang balik haji cium dan peluk mereka untuk mendapatkan berkat. Bersalam dengan orang yang alim atau guru supaya dapat berkat.
Allah adalah Al Malik ataupun Raja. Bagaimana situasi saya bila berhadapan denganNya? Bila waktu berhadapan dengan Nya? Sudah tentulah ketika solat. Secara jujurnya tidak rasa pun yang aku sedang berhadapan dengan Raja. Yang aku tahu di fikiran aku sedang menghadap Allah. Ya menghadap Allah tanpa ada rasa perasaan seperti berhadapan dengan Raja. Timbul juga di benak dan fikiran, jika aku sekarang ni sedang berhadapan dengan seorang manusia yang berstatus Raja, apakah perasaan ku? Apakah persediaan aku untuk berhadapan dengan Raja. Dari segi penampilan aku mesti memakai pakaian yang terbaik. Bila berhadapan pasti berdebar-debar takut. Bercakap dengan rasa tunduk hormat dan menutur kata dengan berhati-hati. Itu dengan manusia. Tapi kenapa aku tidak merasakan seperti itu kita aku berhadapan dengan Allah, RAJA sekelian alam. Sedangkan aku sendiri tahu Allah berkuasa atas setiap sesuatu, sama ada mencipta, memelihara dan menjaga segala-galanya. Hati ini masih lagi penuh zulumat kerana masih lagi ada perasaan sombong ketika berhadapan dengan Allah.
Apakah solusi aku?
Aku perlu belajar lebih mengenali Allah. Aku kena lebih memahami al Quran kerana itu adalah baraqah yang Allah turunkan
(١) تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا -
Al Furqan : 1
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan (Al Quran) kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
Membaca dan memahami Al Quran agar ia mengeluarkan aku dari zulumat
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Maidah :16
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Setiap kali solat aku harus sedar yang aku akan mengadap RAJA yang memiliki aku. Aku akan pastikan penampilan aku lebih baik. Ketika solat aku akan melafazkan setiap bacaan dengan bacaan yang tartil dan rasa rendah diri.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Al Anfal : 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Doa:
Ya Allah, Kau tundukkan hati ku ketika aku berhadapan dengan Mu ketika solat. Kau permudahkan segala urusan ku untuk belajar al Quran dan untuk aku belajar mengenali diri Mu. Jadikanlah aku tergolong dari orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang
To Do List:
1. Nama Allah Al Qadir
Comments
Post a Comment