(٢)الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Al Mulk ayat 2
Dia lah yang telah mentakdirkan
adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas
amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Kebenaran ayat :
1. Allah telah takdirka mati dan hidupnya manusia
2. Allah menguji hambaNya
3. Amalan yang lebih baik
4. Allah Maha Kuasa dan Maha Pengampun
Apa yang saya fikirkan tentang ayat
ini
1. Allah mematikan dan menghidupkan
hambaNya
2. Allah akan menguji setiap manusia
3. Perlu melakukan amalan yang terbaik
4. Allah Maha Kuasa dan Maha Pengampun
Persoalan
1. Kenapa Allah menyebut kematian baru
kehidupan
2. Bagaimana cara untuk menjalani
kehidupan
3. Apakah yang dikatakan ujian
4. Apakah yang dimaksudkan amalan yang
lebih baik?
5. Kenapa Allah sebut yang Maha Kuasa
dahulu kemudian baru Maha Pengampun
Allah menyebutkan kematian baru
kehidupan. Pada awalnya aku fikirkan
bahawa penciptaan manusia daripada ada kepada tiada. Daripada di alam roh
(tiada di alam nyata) kemudian ada iaitu kelahiran (ada di alam nyata). Kemudian proses kedua ialah mati di alam
nyata, dan hidup semula di alam barzakh.
Kata sebahagian ahli tafsir seperti
yang dicatatkan oleh Ibn Athiyyah dalam tafsirnya, allah mendahulukan kematian
atas kehiduan kerana ia suatu yang menyebabkan kegerunan dalam diri. Ingatan
bahawa kematian bukanlan penghujungnya kerana ada kehidupan selepasnya
(٢٨) كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا
فَأَحْيَاكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ -
Al
Baqarah : 28
Bagaimana
kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum
lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian
Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan
kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Kematian
sebenarnya adalah perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang yang lain.
Bagaimana
pula cara untuk menjalani kehidupan? Jalanilah kehidupan dengan mengikut ajaran
islam
(١٣٨)صِبْغَةَ اللَّهِ
ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ -
Al Baqarah : 138
(Katakanlah wahai
orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya
ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak
Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap
percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
Kehidupan adalah
ujian.
(٣٥) كُلُّ
نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا
تُرْجَعُونَ -
An Anbiya : 35
Setiap-tiap diri akan merasai mati,
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan
kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Antara ujian yang diberikan Allah
ialah ujian harta dan anak-anak. Allah telah memberi peringatan tentang dua
perkara ini.
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ
اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
(٩) الْخَاسِرُونَ
Munafiqun : 9
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu
daripada mengingati peringatan dari Allah (al Quran). Dan (ingatlah), sesiapa
yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Maka apakah peringatan dari Allah?
ص ۚ وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ
Shaad : 1
Shaad; demi Al-Quran yang mempunyai
kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
Apa yang disyukuri dengan ayat ini
Ya Allah, Alhamdulillah, segala pujian dan terima kasih atas rahmatMu telah menurunkan al Quran kepada ku untuk aku jadikan petunjuk dalam kehidupan ku.
Ya Allah, Alhamdulillah, segala pujian dan terima kasih kepada Mu yang telah memberikan aku ujian untuk aku menjadi hambaMu yang lebih baik.
Ya Allah, Alhamdulillah, segala pujian dan terima kasih kepadaMu atas baraqah ilmu yang Engkau berikan kepada ku.
Alhamdulillah, Terima kasih Allah atas segalanya
To Do List
Ya Allah, Alhamdulillah, segala pujian dan terima kasih atas rahmatMu telah menurunkan al Quran kepada ku untuk aku jadikan petunjuk dalam kehidupan ku.
Ya Allah, Alhamdulillah, segala pujian dan terima kasih kepada Mu yang telah memberikan aku ujian untuk aku menjadi hambaMu yang lebih baik.
Ya Allah, Alhamdulillah, segala pujian dan terima kasih kepadaMu atas baraqah ilmu yang Engkau berikan kepada ku.
Alhamdulillah, Terima kasih Allah atas segalanya
To Do List
Persoalan poin 4 dan 5
Comments
Post a Comment