(٤)
ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ
الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ
Al Mulk : 4
Kemudian ulangilah
pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu
dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula
berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(QS: AL-MULKU - 4)
Kebenaran ayat
1. Allah
menyuruh mengulangi pandang ke langit
2. Necaya
hampa untuk mencari kecacatan ciptaan tuhan
3. Sia-sia
mencari kelemahan Allah
Apa yang saya fikirkan
tentang ayat ini
Ayat 3 dan ayat 4, Allah
menyuruh kita kita melihat langit berkali kali. Apabila berkali kali disuruh
Allah untuk memerhatikan ia bermaksud adalah wajib bagi kita untuk memerhatikan
langit dan itulah amalan Rasulullah.
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ
الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ
وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ (١٤٤)
Al Baqarah : 144
Kerap kali Kami melihat
engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami
benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu
palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di
mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui
bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan
mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
Persoalan :
1. Kenapa
wajib tengok langit berkali kali?
Supaya kita betul betul rasa kehebatan Allah
2. Apakah
istimewanya langit?
1. Berlapis lapis tanpa
tiang.
Bila kita lihat kek lapis
satu lapisan warna yang sama akan dipisahkan dengan lapisan lain. طبافا dalam ayat 3 surah al Mulk bermaksud langit
yang berlapis lapis. Langit yang mempunyai 7 lapis langit
dipisahkan dengan ruangan lain umpama tiang.
Tapi adakah tiang itu kelihatan?
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ
تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ
ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ
لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ (٢)
Ar Rad : 2
Allah jualah yang
menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu
melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya
beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan
segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya
kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
2. Rezeki
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً
وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا
لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (٢٢)
Al Baqarah : 22
Dia lah yang menjadikan
bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai
bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari
langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang
sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
3. Tempat turunya kitab
4. Tempatnya bintang
وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا
لِلنَّاظِرِينَ (١٦)
Al Hijr : 16
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan
keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
Solusi
Perlu lagi menambah ilmu tentang peranan langit.
Mencontohi baginda yang kerap memandang langit. Memandang langit dengan
kefahaman dan bukan dengan pandangan kosong
Doa
Ya Allah,
berikanlah aku ilham dan ilmu tentang langit agar aku lebih memahami dan
meyakini akan kebesaran Mu.
Apa yang saya syukuri hari ini
berdasarkan ayat ini
Alhamdulillah, segala puji dan terima kasih
kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan aku ilmu tentang kejadian langit.
To do list:
1.
Ayat quran
atau hadith tentang turunnya al Quran dari langit
Comments
Post a Comment