Al - Mulk : 8
تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ ۖ كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا
فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ -
Hampir-hampir ia pecah
berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya
sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu
kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan
dan amaran (di dunia dahulu)?"
Kebenaran ayat
1. Hampir-hampir
ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.
2. Setiap
kali dicampakkan ke dalam sekumpulan bedar (orang kafir)bertanyalah
penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka:
3. “Tidakkah
kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran?
Kefahaman saya tentang
ayat ini
1. Penjaga
neraka marah kepada orang yang kufur
2. Penjaga
neraka bertanya kepada orang-orang yang kufur
3. Tidak
pernahkah ada orang yang memberi peringatan kepada mereka yang kufur.
Persoalan
1. Dari
siapakah peringatan dan amaran yan Rasulullah sampaikan?
وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ
إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ
يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ
وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنْ حَقَّتْ
كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ -
Az Zummar : 71
Dan orang-orang kafir
akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila
mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah
penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul
dari kalangan kamu sendiri, yang *membacakan* kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu
dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab:
"Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang
yang kafir.
Solusi
Ayat az zumar mengatakan Rasul “membackan” kepada
kamu ayat-ayat Tuhan
Perkataan يتلو adalah dari perkataan تلاوت (tilawah).
Makna tilawah lebih khusus dari pada قراءة
(qiraah/membaca). Setiap tilawah termasuk qiraah akan tetapi tidak semua qiraah
termasuk tilawah.
Tilawah merangkumi
baca, faham, amal dan sampaikan.
Maka setiap perkataan yang aku baca aku
perlu fahami, amalkan dan sampaikan
Apa yang saya syukuri dengan ayat
ini
Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran
kepada Allah telah memberikan aku ilmu berperingkat-peringkat untuk aku lebih
memahami.
Doa dan Affirmasi
Ya
Allah, permudahkanlah aku untuk memahami dan mempelajari ayat-ayat mu supaya
aku dapat mengamalkan dengan cara terbaik dan menyampaikannya dengan cara yang
terbaik serta memberi manafaat kepada orang lain.
To do list :
2.
Nama penjaga neraka
Comments
Post a Comment