Dah berkali-kali Allah beri peringatan. Tapi hati ini masih lagi penuh dengan zulumat. Tahu yang kita perlu beriman pada hari akhirat. Tapi tahu tanpa ilmu dengan tahu dengan ilmu adalah dua perkara yang berbeza.
Tanpa ilmu tidak akan tertegak rukun amal. Amal adalah hasil dari ilmu. Ilmu perlu dicari, amal perlu dilaksanakan.
Semalam sebelum program penulisan ulul albab berakhir, kami diminta mengambil kad kecil secara rawak di dalam balang Food of Soul. Penceramah kata tidak ada yang kebetulan dengan kad apa yang kita dapat.
Saya memdapat kad yang tertulis ayat dari surah al Baqarah ayat 126. Kami diminta membuat refleksi tadabbur dengan rakan.
Sejak mula coaching penulisan jurnal al Quran surah al mulk minggu lepas saya diperingatkan oleh Allah tentang azab neraka. Pada hari ke 6 kami mentadabbur ayat 6 surah al mulk.
Al-Mulk 67:6
وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Dan pada hari sebelumnya dalam grup penulisan ulul albab kami diminta memilih tajuk yang telah diberikan. Maka saya memilih tajuk yang ke 16 iaitu Neraka peringatan takwa.
Pada hari program ulul albab semalam saya mendapat kad tentang azab neraka.
Memang sudah jelaslah peringatan dari Allah untuk saya mengali lagi ilmu tentang azab neraka bagi orang yang kufur.
Agak berat juga untuk melebelkan diri saya sebagai orang yang kufur. Kufur kenapa? Kufur kerana mengetahui tentang hari pembalasan, neraka jahanam tapi bila disebutkan hati ini masih tidak lagi bergetar.
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
Sedangkan jelas pada doa Nabi Ibrahim hendaklah kita beriman pada Allah dan hari kemudian.
Mempercayai belum tentu kita mengimani. Bagaimana mungkin kita dapat mengimani jika kita tidak ada ilmu tentang hari kemudian.
Amal yang bermanfaat tidak turun dari langit secara tiba-tiba. Ia bermula dengan kefahaman jitu dalam sesuatu perkara.
Semoga Allah membantu saya mendapatkan kefahaman yang terbaik terhadap ilmu tentang hari kemudian agar ia membantu saya melakukan amalan yang lebih baik.

Comments
Post a Comment