وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ
وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
(٥)
Al Mulk : 5
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan
bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap
Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang
menjulang-julang.
Kebenaran ayat
1. Allah
bersumpah atas ciptaan bintang
2. Bintang
sebagai hiasan di langit yang dekat dengan bumi/manusia
3. Bintang
sebagai pelempar kepada syaitan
4. Siksaan
terhadap mereka yang mengikuti jalan syaitan di dalam neraka yang
menjulang-julang
Apa yang saya fikir
tentang ayat ini
1. Allah
mencipta bintang sebagai hiasan di langit
2. Bintang
yang dimaksudkan ialah batu meteor yang bercahaya.
3. Batu
meteor sebagai batu untuk merejam syaitan
4. Peringatan
kepada mereka yang mengikuti syaitan akan mendapat balasan azab neraka.
Persoalan
1. Apakah
itu bintang?
وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (١)
At Taariq : 1
Demi langit dan
"At-Taariq"; -
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ (٢)
At Taariq : 2
Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -
النَّجْمُ الثَّاقِبُ (٣)
At Taariq : 3
(At-Taariq) ialah bintang
yang menembusi (sinaran cahayanya);
2. Apakah
tujuan bintang bintang di langit?
a. Hiasan
إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ
(٦)
Ash Shaffat : 6
Sesungguhnya Kami telah
menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan
bintang-bintang.
b. Rejaman
pada syaitan
إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ (١٠)
Ash Shaffat : 10
Kecuali sesiapa di antara
Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka
ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
c. Penunjuk
arah
وَعَلَامَاتٍ ۚ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ (١٦)
An – Nahlu : 16
Dan (Ia mengadakan)
tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka
dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
3. Apakah
jalan syaitan?
Solusi
Tipu daya syaitan
sangat halus. Kadang-kadang kita tidak
terasa yang kita mengikut jalan syaitan.
Kita rasa apa yang kita buat betul rupanya kesudahannya ialah jalan
syaitan. Lebih-lebih lagi apa bila membuat pilihan. Pilihan yang benar atau salah. Bisikan fujur
atau takwa.
Untuk solusinya aku
perlu menjadikan al quran sebagai petunjuk dan membuat pilihan. Kadang-kadang
pilihan berdasarkan al quran itu sakit. Sakit kenapa? Sakit kerana hati masih
lagi dipenuhi dengan zulumat.
Apa yang saya syukuri
dengan ayat ini.
Alhamdulillah,
Segala puji dan terima kasih kepada Mu kerana memberi aku kesedaran tentang
musuhku iaitu Syaitan.
To do list
2.
Sifat-sifat
dan tipu daya syaitan
Comments
Post a Comment