Akhirnya kita tertipu juga
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📍Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata:
❗"Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan
‼sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu".
📍Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata:
❗"Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya;
‼sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

-Sura Al-Anfal, Ayah 48
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📍(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata:
❗"Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)".
‼Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin,
❕maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

-Sura Al-Anfal, Ayah 49
📍Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata):
❗"Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
❗"Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
-Sura Al-Anfal, Ayah 50
📍(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri,
❗kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
❗kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
-Sura Al-Anfal, Ayah 51
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📍(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka)
❗maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
❗maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
-Sura Muhammad, Ayah 27
📍(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah,
📍dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya;
❗oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).
📍dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya;
❗oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).
-Sura Muhammad, Ayah 28
Gugurlah amal-amal yg pernah mereka lakukan.
Akibat - consequence dari pilihan-pilihan thoughts, choices n behaviours dari kekufuran, kemusyrikan dan kemunafiqan.
Big why kita perlu ambil perhatian serius akan tanda-tanda dan ciri-ciri kekufuran, kemusyrikan dan kemunafiqan.
Jika tidak diperhatikan dengan teliti dan disembuhkan, benih-benih itu akan tumbuh membesar mencorakkan lensa, mindset, tasawur, persepsi, sistem nilai dan seterusnya sikap, tabiat dan karakter yang mungkin tidak disadari pun.
Itulah hebatnya tipu daya syaitan yg menampakkan indah dan benar setiap pilihan2 kita.
Yang hanya mampu membezakan/memfurqankan ianya salah atau benar hanyalah dengan ilmu.
Ada kurang lebih 8 kategori kemusyrikan dan 44 ciri kemunafiqan di dlm Al-Quran.
Mereka ada lensa mereka akan MAKNA KEHIDUPAN atau kehidupan yg bermakna buat mereka.
Orang beriman juga begitu.
Lensa, mindset, tasawwur dan sistem nilai yang sangat jelas berbeza.
Mereka dgn cara hidup mereka dan orang beriman dgn cara hidup beriman.
Sungguh.
Kita perlu ilmu yang benar.
Sebelum kita pergi jauh lagi untuk melakukan proses2 seterusnya untuk beriman, berhijrah, berjihad dan beramal soleh, ilmu yang paling crucial yg perlu kita dapatkan ialah big picture yg jelas akan apakah itu KEHIDUPAN menurut Al-Quran.
Ye, kita perlu ada peta dan tasawur itu.
Agar dgn peta yg benar ini kita rujuk dan berjalan dgn berpandukan peta ini.
Mungkin kita 'percaya' kita dah tahu dan kita dah ada peta yg jelas, dan kerana itu kita berkeyakinan yg kita sedang berada di jalan yg lurus menjalani kehidupan sehari-hari dalam keadaan benar dan dibimbing oleh petunjuk dari Allah.
Tapi kita jangan terlalu cepat untuk percaya dan yakin.
Tanyakan dulu persoalan ini,
Pernahkah kita studi betul-betul dan dapat studi secara menyeluruh silibus tajuk apakah kehidupan menurut Al-Quran dgn go through dan tadabburkan keseluruhan ayat-ayat yg related yg memberi big picture yang jelas dan komprehensif.
Jika belum, dari mana kepercayaan dan keyakinan itu datang?
Dari bersangka-sangka?
Dari apa yg dunia ajari kita?
Dari hanya pengalaman-pengalaman kita dan orang lain?
Dari apa yang kita lihat dan perhatikan?
Dari buku-buku dan bahan-bahan self help atau dari pembelajaran yg bersumberkan selain Al-Quran atau yg bercampur aduk?
Atau kita lihat itulah yg dilakukan oleh orang2 yg sukses dan bahagia di mata kita?
Sungguh bahaya dan besar risikonya jika kita percaya dan yakin atas pertimbangan2 di atas.
Sebagaimana kita pulun studi area kerjaya pilihan kita untuk mampu bekerja dengan baik apatah lg menjadi pakar di bidang kita, tentunya kita juga lakukan perkara yg sama terhadap PETA KEHIDUPAN yang benar yg dimulai dgn makna sebuah kehidupan itu menurut Al-Quran.
Actually atas kesedaran inilah kita mengkaji - Apa makna kehidupan menurut Al-Quran.
Supaya kita dapat mulakan langkah dengan langkah yang benar.
Supaya kita dapat buat pemetaan kehidupan kita dgn peta yg benar.
Supaya kita dapat less kan risiko tersilap langkah tanpa sedar.
Supaya kita mampu untuk furqankan sebuah kehidupan yg benar dgn yg batil.
Supaya kita sentiasa alert akan pertembungan2 antara yg haq dan yg batil.
Makna kehidupan yg terpeta dlm minda kita adalah waze or gps kita.
Mudah-mudahan kita tak syok sendiri.
Bila dah ada gambaran yang jelas, then boleh la kita memilih untuk follow atau tidak.
Pilih untuk beriman tanpa tasawur yg benar itu bahaya. Risikonya adalah kesesatan.
MOGA ISTIQOMAH ..
*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِ
*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِ
- Coach Ummu Azzat Filzati
Comments
Post a Comment